Wednesday, December 24, 2008

SMK.TUNKU PUTERA, BALING KEDAH

Hari ini saya telah melapor diri di tempat bertugas yang baru iaitu di SMK. Tunku Putera, Baling Kedah. SMK. Tunku Putera sebenarnya tidak berapa asing bagi diri saya kerana sekolah lama saya pun berjiran dengan sekolah ini. Kebanyakan guru di sini pun saya kenal dan ada juga bekas guru-guru yang pernah mengajar saya sewaktu saya di sekolah menengah dahulu.
Saya menggantikan rakan saya iaitu En. Muhammad Tarmizi yang bertukar ke SMK. Bukit Selambau, Daerah Kuala Muda/Yan. Pada makluman awal saya dilantik oleh Pengetua sebagai ketua kaunselor memandangkan pengalaman saya sebagai guru kaunseling sebelum ini. Sekolah ini jumlah pelajarnya seramai 1700 lebih dan jumlah guru 100 orang lebih. Kaunselor sekolah pun ada 4 orang termasuk saya. Tugas baru di sekolah ini saya ramalkan agak mencabar berbanding 2 sekolah yang telah saya bertugas sebelum ini. Apa-apa pun harap sekolah ini merupakan sekolah terakhir saya bertugas kecuali bertukar atas kenaikan pangkat. Harapan saya juga saya dapat bekerja dan menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi, jujur serta amanah dan mendapat kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru....
wassalam..

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA 1429H

Hari ini Isnin 8 Disember 2008, seluruh umat Islam di negara kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban.
Saya dan seisi keluarga saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pelawat-pelawat laman blog saya terutama kepada semua guru-guru dan staf SMK. Teluk Kumbar II, Bayan Lepas Pulau Pinang, Guru-guru dan staf SMK. Baling, Baling Kedah (sekolah lama saya), guru-guru dan staf SMK. Tun Saban Pengkalan Hulu Perak (sekolah isteri saya), penduduk-penduduk Taman Saga Baling, Kedah, semua ahli-ahli keluarga saya dan sebelah isteri saya, dan tidak lupa kepada semua kenalan-kenalan saya. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menghantar kiriman ucapan Selamat Hari Raya melalui SMS, ada yang sempat saya balas ada yang tidak. Terima kasih semua....
Salam Aidiladha...
Wassalam......

Saturday, November 29, 2008

HAPPY BIRTHDAY AINNUR AIRIEN AFRINA

Hari ini 30 November 2008, genaplah umur 2 tahun anak saya yang sulung, Ainnur Airien Afrina bt. Zamri. Masa berlalu dengan terlalu pantas. Ain membesar dengan terlalu cepat. Tiada apa yang hendak diucapkan.. Semoga Ain membesar dengan baik dan sentiasa dirahmati olehNya...kelak bila dewasa nanti Ain akan menjadi orang yang berguna dan bebudi pekerti yang mulia.

"""Happy Birthday Ain dari YAYAH, MAMA & DEDEK AFNAN...."""

Sekian..wassalam