Wednesday, December 24, 2008

SMK.TUNKU PUTERA, BALING KEDAH

Hari ini saya telah melapor diri di tempat bertugas yang baru iaitu di SMK. Tunku Putera, Baling Kedah. SMK. Tunku Putera sebenarnya tidak berapa asing bagi diri saya kerana sekolah lama saya pun berjiran dengan sekolah ini. Kebanyakan guru di sini pun saya kenal dan ada juga bekas guru-guru yang pernah mengajar saya sewaktu saya di sekolah menengah dahulu.
Saya menggantikan rakan saya iaitu En. Muhammad Tarmizi yang bertukar ke SMK. Bukit Selambau, Daerah Kuala Muda/Yan. Pada makluman awal saya dilantik oleh Pengetua sebagai ketua kaunselor memandangkan pengalaman saya sebagai guru kaunseling sebelum ini. Sekolah ini jumlah pelajarnya seramai 1700 lebih dan jumlah guru 100 orang lebih. Kaunselor sekolah pun ada 4 orang termasuk saya. Tugas baru di sekolah ini saya ramalkan agak mencabar berbanding 2 sekolah yang telah saya bertugas sebelum ini. Apa-apa pun harap sekolah ini merupakan sekolah terakhir saya bertugas kecuali bertukar atas kenaikan pangkat. Harapan saya juga saya dapat bekerja dan menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi, jujur serta amanah dan mendapat kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru....
wassalam..

4 comments:

Mahathir said...

Tahniah bang atas perpindahan hang. Aku doakan semoga hang berjaya melahirkan ramai anak melayu baling yang berjaya dunia dan akhirat. Sabar, Sabar dan Sabarlah menempuh segala macam dugaan kelak.

SYAbAR said...

Saya adalah bekas pelajar SMKTP (1981 - 1985). Sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar pintar dan saya amat bangga dengan guru2 di sana pada zaman persekolahan saya. Saya berharap cikgu dapat mendidik anak desa di sana ke mercu kejayaan yang lebih tinggi dan berkhidmat sebaik guru2 saya dahulu.

Koperasi sekolah ini telah melakar sejarah dalam hidup saya.

Kerana bangga dan sayangnya saya pada SRKTP dan SMKTP, saya tak mahu perhubungan kami berakhir begitu saja dan kini saya dan kawan2 sekolah sedang mengumpulkan maklumat bekas2 pelajar kedua2 sekolah ini (zaman persekolahan kami) yang disimpan di dalam SRKTP Yahoo group.

Koperasi sekolah telah memahat kenangan abadi alam persekolahan saya di sana kerana guru dan ahli jawatankuasanya adalah perintis pada masa itu.

khairul farizan said...

congratulations cikgu..
saya adalah bekas pelajar SMKTP (2002-2006)dan sekarang sedang menuntut di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).. saya harap cikgu dapat melahirkan pelajar SMKTP yang cemerlang...

MUHAMAD IBRAHIM MUSTAFFA said...

saya muhamad ibrahim,dr tahun 2005-07....
saya bekas pelajar smktp..spm pd 2007
kolej matrikulasi kedah pd 2008
utm,skudai pd 2009-kini..
alhamdulillah atas kejayaan saya...
berkat dari ilmu guru2 di sana..
trima kasih sume...
kepada pelajar smktp..
do ur best in ur life start from now..
kalau ada yg nak taukan pengalaman saya...or nak berkawan...
facebook/blogger; im.jbond90@yahoo.com

kite study elok2..all the best..