Thursday, November 20, 2008

AMANAH & KEJUJURAN

Dua sifat yang agak mudah untuk diungkapkan tetapi terlalu sukar untuk dilaksanakan. Amanah adalah satu tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang untuk dilaksanakan manakala kejujuran adalah sesuatu yang perlu ada pada seseorang dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.
Apabila kita diamanahkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara dan kita menerimanya kita seharusnya mengambil tanggungjawab untuk manjaga atau melakukan amanah tersebut. Kalau kita rasa tidak mampu untuk melakukan amanah tersebut kita hendaklah menyatakan dan menolak dengan penuh hormat pekerjaan atau amanah tersebut pada peringkat awal lagi.
Dalam hal ini orang yang memberi amanah tersebut perlulah berhati-hati, sekiranya boleh perlu menyelidiki terlebih dahulu dan jangan membabi buta mengamanahkan sesuatu kepada seseorang tanpa berfikir panjang. Kelak akan menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain.
Saya merasa hairan kenapa masih ada golongan intelektual yang dikatakan mempunyai akal fikiran boleh mengabaikan kedua-dua sifat ini. Tolonglah jawab wahai pembaca laman blog saya....'Sekian wassalam

No comments: