Saturday, November 15, 2008

Hari Terakhir di SMK.Teluk Kumbar II

14 November 2008 adalah hari terakhir saya bertugas di SMK. Teluk Kumbar II, Bayan Lepas. Saya akan ke SMK. Teluk Kumbar II dalam beberapa hari untuk menghadiri mesyuarat dan menyerahkan nota serah tugas saya sebelum keluar dari sekolah tersebut.

Tahun hadapan saya akan ke sekolah baru kerana permohonan saya untuk bertukar ke negeri Kedah telah diluluskan. Saya telah menghubungi beberapa kenalan saya untuk makluman tidak rasmi saya akan ditempatkan di sekolah yang berdekatan dengan daerah Baling, dekat dengan rumah saya.

Sukar untuk gambarkan perasaan saya kerana hendak saya katakan saya gembira tidak juga, hendak dikatakan saya sedih pun tidak juga. Saya cuma rasa gembira kerana pada tahun hadapan saya akan punyai lebih masa untuk bersama anak-anak saya.

Pengalaman saya di SMK. Teluk Kumbar II akan saya jadikan bekalan saya untuk meneruskan tugas saya sebagai Guru Kaunseling di sekolah baru saya nanti.

Dalam laman blog ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan setugas yang banyak membantu saya dalam mengendalikan program-program UBK di sekolah tersebut terutamanya Rizal, Adham, Marzuki, Faizal,Rosdi,Hanis, Asilah, Zalina, Kak Saodah,Ozai, Zul,Abg.Yaakob, Abg. Osman, Kak Biah, Kak Salmi, Naim dan semua guru dan staf...Harapan saya mereka semua berusaha bersungguh-sungguh membangunkan SMKtk2 dan diri mereka sendiri.
Wassalam....

No comments: