Tuesday, November 18, 2008

BERMUKA-MUKA

Dalam kehidupan, kita akan berjumpa dengan manusia yang suka bersifat bermuka-muka. Dalam perkataan lain ataupun peribahasa yang lebih tepat "talam dua muka".Selalunya kita akan berjumpa dengan mereka-mereka ini dalam bidang pekerjaan yang melibatkan adanya orang atasan.
Antara sifat atau perlakuan yang boleh dilihat atau diperhatikan yang ada pada mereka adalah:
1. Suka menunjuk-nunjuk kebolehan mereka kepada orang atasan walhal kerja yang sepatutnya dilakukan oleh mereka biasa sahaja lebih teruk tak buat langsung.
2. Pandai bercakap tetapi kurang membuat kerja yang sepatutnya.
3. Dimana ada bos di situ ada mereka. (sentiasa mendampingi bos)
4. Bersikap mementingkan diri dengan mencari alasan sekiranya tidak melakukan sesuatu kerja dengan menindas / meletakkan kesalahan kepada orang lain.
5. Sentiasa bercakap sesuatu yang baik sahaja tentang diri mereka depan bos dan melaporkan sesuatu yang tidak elok pasal orang lain kepada bos.
6. Suka melaporkan sesuatu kelemahan orang lain tetapi tiada cadangan untuk membetulkan keadaan dan lebih teruk menokok tambah kelemahan / kesalahan orang lain.
7. Tiada prinsip hidup, pendek kata mengikut arus, apa yang bos cakap semua sokong dan betul belaka.
8. Cakap tidak serupa bikin, depan kita cakap lain depan bos cakap lain.
9. Gila pangkat atau nak naik cepat.

Selalunya golongan ini kurang pengetahuan dan pengalaman serta boleh dianggap sebagai kurang matang.
Saya menyeru rakan-rakan yang membaca laman blog saya ini agar kita mempunyai prinsip hidup sendiri. Janganlah kita bersifat bermuka-muka kerana sikap ini akhirnya akan merugikan diri kita. Kita mungkin akan disayangi oleh bos kita dan mendapat apa yang diiginkan oleh kita tetapi kita mesti ingat bahawa suatu hari nanti mungkin kita akan meraikan kejayaan kita keseorangan. Tidak mustahil kita akan dipulaukan oleh masyarakat sekeliling. Pada masa itu pangkat, kesenangan dan wang ringgit tidak bermakna kepada kita apabila tiada rakan disamping kita. Ingat rakan sahajalah yang dapat menolong kita apabila kita memerlukan atau berada dalam kesusahan.....
Sekian wassalam....

No comments: